Wednesday, 29 October 2008

Ida's Cheesy Garlic Bread



1 egg at room temperature plus 27'C water to equal 1 cup
2 tb sp oil
1/3 cup fine sugar
1 t sp salt
1 tb sp dry milk
3 1/2 cups bread flour
1 1/2 t sp active dry yeast

topping:
parmesan cheese
finely minced garlic
butter
(alternatively, use garlic butter spread)

Method:
1. Mix all ingredients and knead for about half an hour until it turns into smooth dough.
2. Leave to rise for 1 hour.
3. Place dough on a lightly floured surface, roll dough to 1 inch thick and divide/cut into 6 portions.
4. Shape dough in long twists and place on greased baking pan.
5. Apply topping, cover with plastic cling wrap and let rise in a warm place for 45 minutes or until double in size.
6. Bake at 165'C for 30 to 40 minutes, or until done.

Nice served warm, about after 15 minutes out from oven.

Ida's Choc Chips Cookies



source:modified from iza/ hanie liza
Beat batter:
250g butter
1 tb sp shortening
160g brown sugar
1 egg yolk
1 t sp vanilla essence
Mix well:
250g flour
20g cocoa powder
150g choc chips (or mix with white chips/ choc rice/ coloured rice)
100g roasted chopped almonds
20g coloured stars
1. Mix and beat batter till semi-fluffy. Add egg yolk and vanilla esence a little later.
2. Add flour mixture, mix well.
3. Spoon mixture on to baking pan and press with fork to flatten it a little.
4. Bake in preheated oven 180'C for 25 minutes or till golden brown.

Tuesday, 21 October 2008

Kuah Lontong/ Masak Lodeh Ida


Bahan kisar:
150 gm bawang merah/besar
50 gm bawang putih
80 gm kunyit hidup

Sayur:
100 gm lobak merah (dihiris jejari)
100 gm kacang pancang (dihiris jejari)
[boleh juga guna kobis, bunga kobis, terung, nangka muda, mengikut citarasa, tetapi elok dihadkan kepada 2-3 jenis sahaja]

Potong dadu dan goreng dahulu separuh garing/masak:
3 keping tauhu
200 gm tempe
4 biji kentang

Rendam hingga lembut:
20 gm suhun
100 gm fucuk

Minyak masak
80 gm udang kering
1 liter santan
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disimpul)
½ kg udang basah
Garam, gula secukup rasa

Cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau.Masukkan udang kering dan kacau seketika. Bubuh santan, serai, daun kunyit, hingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuran, bahan-bahan digoreng, suhun, fucuk, udang, garam dan gula.Kacau hingga kuah pekat.
Cadangan hidangan:Hidangkan bersama ketupat nasi/ lontong/ nasi impit. Enak jika diletakkan sedikit sambal tumis atau kuah kacang/ kuah satay.

Bread

Recipe from Alex Goh - The World of Bread

Ingredients (A)
480 gram bread flour
120 gram plain flour
110 gram sugar
10 gram salt
20 gram milk powder
4 tsp instant yeast

(B) 1 egg300 ml water

(C) 60 gram butter

Instructions
Mix (A) till well blended.
Add (B) and knead to form a dough.
Add (C), continue to knead to form a smooth and elastic dough.
Cover dough with clear film.
Let it proof for 50 -60 minutes or till it double in size.
Divide dough into 60 gram portions, shape into balls and let the dough rest for 10 minutes.
Shape the dough into oval shapes and placed them on a greased baking tray, leave to rest for a further 45 minutes
Brush with egg wash and bake in the oven at 190 degrees celsius for about 9 to 12 minutes.

Sebenarnya dari recipe ni , leh bentuk apa-apa bentuk yang suka. Recipe ni kira basic recipe..sumbat le inti amende pun, sumbat inti sambal tumis ikan bilis (ikan bilis jgan goring keras, biar dia lembut ) je..

Kalau roti cheese tu kalau yg mudah giler cam yang jual tu..buat bentuk panjang-panjang tu rapat-rapatkan dia, dah tu biar naik..bila dah naik tabor ngan cheese yang dah di parut banyak-banyak dan tabor gula. Bakar ..biar naik tinggi tau ..supaya lembut cam kapas …uihhh….nak roti yang tak kejung, senang je..jangan lupa, air yang nak digunakan haruslah air yang disimpan dalam peti sejuk.

Satu lagi tips, dia punya butter tu make sure masuk lewat sikit..seperti dalam recipe tu..
Nak lagi lembut, lepas masak,. Cover kejap roti tu ngan kain ..beberapa minit ..iza buat dalam 10 minit gitu..memang lembut je roti sampai esok..

KUEY TEOW GORENG

500 gm kuey teow
100 gm daging
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak
garam [jika perlu]

1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.
4. Maukkan tahu, telur, kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata. 5. Masukkan taugeh, kucai. Kacau sentar, tutup api. pastikan jangan terlalu kering.

Bihun Goreng Singapore Ida

600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm daging [hiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [hiris kecil]
1 paket fishball (lebih kurang 10 biji) [hiris]
2 keping fishcake [hiris]
200 gm kucai [potong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [sagat ]
sedikit sos tiram
3 s/b minyak
garam, air

BAHAN TUMBUK:
1 s/b lada hitam
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

BAHAN HIASAN / TUMBUK:
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]
bawang goreng
daun bawang [mayang halus]

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, fishball, fishcake, kobis, carrot, sos tiram, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar, bawang goreng, daun bawang dan cili merah.

BIHUN GORENG

600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm isi ayam [hiris nipis]
200 gm sawi [potong pendek]
250 gm kobis [racikkan]
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
3 s/b minyak
sedikit kicap, garam, air

bahan tumis:
10 biji ciliapi
6 biji cili merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam, kacau rata. Bila nampak masak masukkan garam, air. Kacau rata.
3. Masukkan kobis, carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
4. Bila nampak bihun lembut masukkan sawi.
5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam. 6. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

Mee Hailam

600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
1 s/b sos tiram
2 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek2
garam [jika perlu]

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras, kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

500 gm mee kuning
5 biji telur dipukul
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah garam, minyak

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing, masukkan ayam, udang, fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Nutty Cornflakes

Bahan-bahan

450g butter
220g gula halus
3 ck esen vanilla
600g tepung gandum
1½ ck baking powder
90g badam cincang
180g cornflakes
150g chocolate rice

Cara-cara
1. Pukul butter & gula hingga kemb ang
2. Masukkan esen vanilla, badam cincang, cornflakes & choc. rice.
3. Masukkan tepung gandum & baking powder (diayak bersama)
4. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli, kemudian tekan hingga leper dengan garfu utk dapatkan corak.
5. Bakar pada suhu 150’C selama lebih kurang 15 minit.Nota – Jangan ditambah lagi tepung, doh agak melekit masa mula tapi akan ok selepas beberapa minit.

PASTA FEISTA

500 gm pasta campuran [makaroni/fussili/pasat siput - rebus sampai lembut]
10 batang sosej [rebus dan potong kecil]
10 keping nugget [potong kecik ]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili mesin
1/2 cawan sos tomato
garam, gula, minyak,
daun sup (racik)

1. Panaskan minyak dan tumiskan abwang sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan cili mesin, sos tomato, garam, gula dan sosej. Kacau rata.
3. Masukkan semua sayuran dan nugget. Kacau rata,
4. Rasakan garamnya dan tutup api.
5. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.

PASTA GORENG

500 gm pasta campuran [makaroni/fussili/pasta siput - rebus sampai lembut]
300 gm daging ayam [kisar/cincang]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili sos
1/2 cawan sos tomato
garam gula minyak
daun sup [racik]

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan cili sos, sos tomato, garam, dan gula. Kacau rata.
4. Masukkan semua sayuran. Kacau rata,
5. Rasakan garamnya dan tutup api.
6. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.

MACARONI AYAM KUAH TOMATO

1kg dada ayam dipotong kecil-kecil
4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu besar lada puih serbuk
1 sudu besar mentega atau margarine
6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahja)
800ml air
1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
50g kacang peas
air perahan dari 1 biji lemon
garam secukup nya
gula jika suka
500 g macaroni ~ boil with water and a tablespoon of oil to avoid it from sticking together

1. Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih.
2. Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas.
4. Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa.
5. Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.
6. 500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal kelak.7. Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato.

Laksa Terengganu

Bahan-Bahan:
Laksa putih/mi lidi (sukatan ikut keperluan)
Bahan untuk kuah:
Ikan (direbus)
Santan
Limau nipis
Asam keping
Daun kesom
Garam secukup rasa

Bahan untuk ulam:
Kacang panjang
Timun batang
Kubis
Bunga kantan
Pegaga (jika suka)
Semua ulam diatas di hiris halus

Cara:
Panaskan santan, masukkan ikan rebus yg telas direlaikan isinya, masukkan garam secukup rasa, masukkan asam keping & daun kesom, akhir sekali perah asam limau, celur mi.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mi kedalam pinggan dan hidang bersama kuah, sedikit belacan dan cili kisar
Tambahan:Kuah boleh dimakan tanpa masak atau masak untuk tahan lama, bagi yg suka pekat banyakkan ikan.

Laksa Sarawak

BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)

BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.

Laksa Pulau Pinang

Bahan-Bahan:
1 kg mee laksa
Air garam yang mendidih (dicelur)
90 gm asam jawa (diperah airnya,ditapis)
1.2 leter air
4 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum (dipetik daunnya)

Bahan Hiasan:
1 biji sedang nenas (dikupas kulitnya,dibuangmata & empulurnya serta dipotong dadu)
500 gm timun ( dibuang kulitnya *& empulurnya & dihiris tipis bulat-bulat)
30 gm daun pudina
125 gm bawang besar (dipotong dadu)
5 batang lada hijau (dihiris tipis)
6 batang lada merah (dihiris tipis)
60 gm (daun bawang kucai)(dihiris halus)
2 sudu petis
¼ cawan air panas (dicampurkan) 1 tangkai bunga kantan(dibelah dua)
1 ½ sudu gula pasir
Garam secukup rasa
750 gm ikan parang (disiang)

Bahan Giling:
250 gm bawang merah
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
15-20 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2 cm belacan (dibakar)
1 ulas bawang putih

Cara:
Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel. Didihkan selama 10 minit. Masukkan ikan & kecilkan api. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga masak,Kemudaian keluarkan dari kuah itu. Sejukkan sedikit. Buangkan kulit & tulangnya serta kikis isinya. Sementara itu, Masukkan pes giling ke dalam kuah & terus didihkan perlahan-lahan selama 1 jam. Keluarkan daun kesum & bunga kantan.Masukkan semula isi ikan itu kedalam kuah. Biarkan sampai mendidih & rasa garamnya.
Untuk menghidangkan:
Isikan sebahagian daripada mee laksa itu ke dalam sebuah mangkuk.Tuangkan kuah panas itu ke atasnya & bubuh sedikit daripada tiap-tiap bahan hiasan.Hidangkan segera sementara ia masih panas.

Laksa Kelantan

Bahan-Bahan:
1 kg ikan kembung rebus
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
80 gm halia
80 gm cili padi
40 gm belacan
4 batang bunga kantan
4 ikat daun kesum
2 batang serai
3 keping asam keping
4 liter santan pekat
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan ikan kembung rebus yg telah ditumbuk lumat, bawang merah,bawang putih,halia,cili padi, belacan, bunga kantan,daun kesum, serai & asam keping serta air.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan pekat.Gaul sebati& kacau sehingga pekat.

Claypot Mee

Bahan-Bahan:
250 gm mee
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang putih (dilumatkan)
40 gm isi ayam (dipotong kecil)
30 gm isi udang (dipotong kecil)
4 keping cendawan hitam (direbus kembang dan dihiris)
5 batang sawi (dipotong satu inci)
4 mangkuk air rebusan ayam (Chicken stock)
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Garam dan perisa secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu tepung jagung

Cara:
Rebuskan mee sehingga ia kembang, toskan dan asingkan. Panaskan bawang sehingga sedikit garing.
Kemudian masukkan air ayam dan biarkan ia mendidih. selepas itu, masukkan ayam, udang, kicap, sos tiram, garam cendawan dan sawi.
Alihkan semua yang ditumis tadi ke dalam claypot jika ada. Apabila mendidih semula masukkan mee dan kacau untuk seketika.
Kemudian pecahkan telur dan kacau di dalam mee tadi agar sedikit berderai. Campurkan sedikit air dengan tepung jagung, kacau perlahan-lahan sehingga ia sebati.
Akhir sekali masukkan minyak bijan dan dikacau rata lalu dihidangkan. Hidangan ini dihidangkan bersama cili hijau dan di dalam claypot.

Mee Kari

Bahan-Bahan:
300 kg mee kuning atau makarona (masukkan sedikit serbuk kunyit ketika merebusnya)
30 gm udang kering & 1 batang serai
2 camca besar cili boh atau cili kering & 1 camca besar serbuk kunyit
1 cawan santan pekat & garam secukup rasa
½ cawan air & ½ ekor ayam 50 gm udang hidup & 30 gm sawi
20 gm tauhu & ½ cawan minyak
5 ulas bawang putih (dimayang halus)
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (dimayang halus)

Cara:
Panaskan minyak, tumiskan udang kering yang sudah ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili boh, serbuk kunyit, ayam, udang, sawi dan tauhu, kacau hingga rata. Setelah itu masukkan air, santan dan garam dan masaklah hingga sebati dan pekat. Hidangkan bersama daun pudina dan cili potong.

Laksa

Bahan-Bahan:
250 gm mee laksa (dicelur & ditoskan)
1,35 santan cair
250 gm ikan tenggri cabut tulang
250 gm ikan parang cabut tulang
santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan Tabur:
250 gm taugeh (dibuang ekornya & dicelur)
2 labu besar bawang besar (dihiris tipis)
2 biji sedang timun (dibuang kulitnya & empulurnya; dihiris tipis)
60 gm daun kemangi
90 gm daun selasih
30 gm daun kesum
10 batang lada kering (direndam digiling untuk dijadikan pes
1 sudu garam Bahan Giling:
2 batang serai (dihiris halus)
2 ulas bawang putih
12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2.5 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
2.5 kunyit hidup
¼ biji kelapa (diparut)
¼ biji kelapa (diparut & direndang)
2 cawan ketumbar (direndang)

Cara:
Canpurkan bahan giling ke dalam santan cair. Giling kedua-dua jenis ikan tadi &b campurkan.Rebuslah selama 30 minit. Kemudian kecil api & didihkan perlahan-lahan selama 30 minit. Kacau selalu. Masukkan santan pekat & garam.Masaklah dengan berkacau-kacaiu hingga pekat. Kecilkan api Tutup periuk itu & biarkan.
Untuk menghidangkannya: Letakkan sedikit mee laksa dalam mangkuk-mangkuk yang berasingan.Campurkan sedikit bahan tabur di atasnya. Tuangkan kuah di atasnya & hidangkan dengan segera.

Mee Udang

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara:Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Mee Hailam Istimewa

Bahan-Bahan:
½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
100 gm daging
100 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong
4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Mee Bandung

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

Ayam Berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis

Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup

Cara:
Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Sambal Telur

Bahan-Bahan:
3 biji telur (direbus, dibuang kulitnya & dibelah dua memanjang)
2 camca minyak masak
½ cawan pati santan

Bahan Giling:
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2.5 cm belacan (dibakar)
1 camca gula pasir
8 batang lada kering (direndam & ditoskan)
3 batang lada merah1 camca garam

2 camca air asam jawa
Garam secukup rasa
1 keping telur dadar (digulung & dihiris )
timun yang direcik halus

Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana & masukkan bahan giling. Tumiskan sehingga keluar minyak,kemudian kecilkan api. Tuangkan santan, kacau & didihkan perlahan-lahan selama 10 minit. Masukkan air asam jawa & garam.Teruskan memasak sihingga campuran kuah itu menjadi pekat. Rasa asam garamnya. Masukkan 3 belah telur & lomorkan dengan sambal.Biarkan mendidih & angkat dari api. Isikan telur itu ke dalam pinggan & masukkan 3 belah telur selebihnya. Hiaskan dengan telur dadar & timun. Hidangkan panas-panas atau sejuk dengan nasi putih & sayur-sayuranatu dengan nasi lemak.

Udang Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
500gm udang (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm kunyit hidup
2sm halia
15 biji cili padi ½ biji kelapa (ambil santan)
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kesum
garam
serbuk perasa

Cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
4. Masukkan serai, asam keping dan udang.
5. Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan biarkan sedikit layu dan bolehlah dihidangkan.

Sambal Udang Istimewa

Bahan-Bahan:
½ kg udang, sederhana besarnya
5 camca besar cili boh atau cili serbuk
4 ulas bawang putih
½ cawan air asam jawa
1 camca besar gula
¼ cawan minyak
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 camca kecil garam
5 helai daun limau purut

Cara:
Kisar bawang besar, bawang putih dan serai hingga lumat. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili boh hingga wangi. Masukkan air asam jawa dan garam. Kacau hingga rata. Apabila pecah minyak, baru masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan daun limau purut dan gula. Kacau hingga rata. Setelah cukup masak baru angkat dan hidangkan.

Ikan Kukus Tomyam

bahan-bahan:
-1 ekor ikan siakap (ikut suka)
-4 kiub tomyam knorr (tambah jika perlu)
-2 biji limau nipis - diambil jusnya
-daun ketumbar - dihiris nipis.
-garam dan gula secukup rasa

bahan rempah:
-10 ulas bawang merah
-2 ulas bawang besar
-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
-2 kuntum bunga kantan
-4 batang serai
-10 biji cili padi

Cara:
1. ikan dibersihkan dan ditoskan air.ikan diletakkan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.
2. gaulkan bahan rempah yang dihiris halus bersama kiub tomyam dan campurkan jus limau nipis.
3. tambahkan garam dan gula secukup rasa
4. tuangkan bahan rempah yang telah siap tadi keatas ikan.taburkan daun ketumbar.
5. kukuskan ikan tersebut sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
daun ketumbar boleh ditaburkan sama ada sebelum ikan dikukus atau selepas.ikut citarasa masing-masing.

Gulai Udang

Bahan-Bahan:
7 ekor udang besar
1 biji kelapa
cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai,
garam, ajinomoto dan asam

Cara:
Udang dibersihkan. Cili kering , bawang merah, bawang putih dan serai digiling. Masaklah bersama santan. Setelah mendidih masukkan udang yang telah dicuci tadi. Masukkan garam, ajinomoto dan asam secukup rasa. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan panas-panas.

Calong/Sup Bebola Ikan Terengganu

masakan asli Terengganu

Bahan-Bahan:
Ikan Tenggiri atau Selayang/Sardin atau kembung
Secubit Garam

Bahan A
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
Air
Garam
Serbuk perisa (jika suka)
Suhun dan fucuk(jika suka)
Kentang dipotong dadu (jika suka)

Cara membuat bebola ikan:
Jika menggunakan ikan tenggiri, potong ikan berbentuk kiub/dadu.Jika ikan sardin/kembung,siang ikan, buang perut dan kepala. Bersihkan ikan, hiris isi ikan dari arah ekor ke kepala. Ambil isinya dan buang tulang besar. Dengan dry mill blender/pengisar kering, kisar ikan ini. Jangan tambah air.Ikan dan garam disatukan, kemudian bulat-bulatkan adunan ikan ini. Buat hingga habis dan ketepikan.

Cara Membuat Sup:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau. Setelah naik bau tumisan masukkan air dan kentang. Tunggu hingga menggelegak, baru masukkan bebola ikan. Suaikan rasa sup ini dengan memasukkan garam/serbuk perisa. Masukkan suhun dan padamkan api.

Butter Prawn

Bahan-Bahan:
1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng

250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula

Cara:
Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.
Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

Sambal Sotong

Bahan-Bahan:
½ kg sotong sederhana besar
20 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - dititik
150 gm asam jawa - diperah airnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama tiga minit, angkat dan rendam di dalam air sejuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan. Masukkan cili kering dan tumis lebih kurang 20 minit. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau lebih kurang lima minit. Sebelum menghidang, hias mengikut citarasa masing-masing.

Sotong Goreng Kunyit

Bahan:
1 Kilo Sotong Putih
1 labu bawang besar (di hiris bulat)
1 ulas bawang putih ( di hiris)
1 batang cili merah ( di belah dua)
1 biji ubi kentang ( di potong bulat)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit kicap
Sedikit sos tiram
Bahan perasa/garam

Cara:
Sotong di basuh dan di bersihkan. Kemudian di gaulkan dengan sedikit kunyit (ikut suka) dan garam. Potong belat ubi kentang dan goreng 1/2 masak. Angkat. Goreng sotong 1/2 masak kemudian masukkan ubi kentang tadi, bawang besar, bawang putih, cili merah, kicap dan sedikit serbuk perasa/garam dan sos tiram. Masak kira-kira 5 minit kemudian boleh lah di angkat.

Kari Bebola Ikan

Bahan-Bahan:
15 biji bebola ikan
1 helai daun kari
3 ulas bawang merah
2 batang serai
2 cm halia (ditumbuk)
2 cawan santan
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji kentang (potong empat)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar minyak masak
1 keping asam keping
Kunyit
Garam

Cara:
Basuh bersih bebola ikan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili giling, rempah dan daun kari. Biar hingga pecah minyak.
Masukkan serai, asam keping dan kunyit serbuk. Setelah itu masukkan santan, ubi kentang dan bebola ikan.
Biar menggelegak dan ubi kentang empuk. Rasakan garam barulah diangkat.

Ikan Singgang Masak Tempoyak

Bahan:
Ikan Tenggiri atau ikan yang berisi putih
Tempoyak- 2 senduk
Kunyit Hidup - 2cm (kisar)
Cili Api -2 genggam (kisar)
Daun kesom
Asam keping (kalu tempoyak x cukup masam)
garam
bahan perasa
gula

Cara:
Masukkan air kedalam periuk (sebanyak perlu) dan masukkan bahan kisar bersama dengan tempoyak dan biarkan mendidih. Lepas itu masukkan ikan yang telah di bersihkan bersama dengan daun kesom dan perasa. biarkan mendidih.

Ikan Masak Thai

Bahan-bahan A
Ikan kerapu/siakap/merah-disapu garam
Daun Limau Purut- dimayang halus
Serai - dimayang halus
Cili Kering/Cili Padi -dimayang halus
Lengkuas -dimayang halus

Bahan-bahan B (kuah)
Bawang putih - dicincang
air - 1-2 cawan
Kicap cair
kicap pekat
kiub pati ayam
limau nipis
gula
garam

Cara:
Ikan digoreng garing dan diangkat.Bahan-bahan A tadi digoreng hingga layu dan diangkat.Gunakan minyak yang sama,tumis bawang putih hingga wangi dan masukan air,kicap cair,kicap pekat dan pati kiub ayam biar mendidih masukan gula dan garam secukup rasa..biar didih sebentar dan tutup api baru diperahkan air limau nipis.

Gulai Ikan Kering

Bahan-Bahan:
1 kepala ikan talang kering
150 gm kacang panjang
4 biji terung putih bulat
2 biji kelapa
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar minyak
1 sudu teh asam jawa
½ sudu teh halba campur
2 ketul keledek
1 pelepah daun kari
2 gelas air
Garam secukup rasa

Cara:
Potong kacang panjang 2.5 cm dan keledek 2.5 cm x 4 cm. Belah terung menjadi empat. Bersihkan kepala ikan kering dan kerat ikut sebesar yang disukai. Hiris bawang merah dan bawang putih. Bancuh rempah kari dengan air dan jerang selama 5 minit. Masukkan keledek, kacang panjang dan terung. Kacau selalu. Masukkan kepala ikan kering dan kacau lagi. Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Apabila masak angkat dan ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Kacau hingga kuning dan wangi. Tuang tumisan ini ke dalam gulai yang telah masak. Kacau perlahan dan tutup periuk.

Ikan Masak 3 Rasa

BAHAN A:
1 ekor ikan siakap
Garam
Kunyit
Minyak masak

BAHAN B:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ketul halia
3 batang serai
(Semua bahan ini dirincis halus dan digoreng hingga garing)

BAHAN C:
4 sudu cabai kering yang telah diblender.
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Gula,garam dan daun limau purut.

BAHAN D:
Karet
Sudip jagung
Bunga kobis

Cara:
Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (iaitu Bahan A).
Bahan B yang telah digoreng hingga garing tadi dicampur pulak dengan Bahan C.
Kemudian masukan sedikit air supaya tidak terlalu likat.
Setelah masak dan naik bau masukan pulak Bahan D lebih kurang selama 7 minit.
Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Asam Pedas Melaka Ida

Bahan dikisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
25 tangkai cili kering
1 inci halia
1 sd besar jintan manis
½ sd teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih

Bahan tumis :
1 labu bawang besar dihiris halus
½ sd teh biji sawi
½ sd teh halba
5 tangkai daun kari (leraikan)

5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan)
2/3 cawan minyak masak
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
2 biji tomato - potong 4
1 batang terung - potong
10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan
1 sd besar garam
½ sd teh serbuk perasa

Cara:Pnasakan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau. Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan. Masukkan air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat.
Cadangan Hidangan:Sesuai dimakan dengan nasi putih, roti atau roti canai.
Tambahan:Jika suka boleh masukkan 1 sd besar gula.Belacan juga boleh ditambah dengan bahan kisar. Untuk menyedapkannya goreng belacan dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Gunakan 1 sd besar untuk resipi ini. Boleh juga dimasukkan daun kesum

Bawal Masam Manis

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

Cara:
Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.
Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.
Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

Rendang Daging Tuk

contributor: ida

Bahan-Bahan:
250 ml minyak masak
3 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
3 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan dikisar:
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
10 tangkai cili kering
100 gm buah keras

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar hingga garing.
Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.
Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.
Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.

Daging Masak Hitam Istimewa

contributor: ida

Bahan-Bahan:
Daging 1 kilo
Bawang Besar 5 biji
Serai 3 batang(titik)
Kulit Kayu Manis 2cm
Bunga Lawang 1 kumtum
Bunga Cenkih 4 biji
Minyak 5 sudu besar
Kicap Pekat 6 sudu besar
Garam ,Gula ,½ sudu air asam jawa
Halia 6cm (panjang)
Bawang Putih 7 ulas
Cabai Kering 10 biji
¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis
¼ sudu besar serbuk Jintan Putih

Cara:
1.Daging dipotong sederhana kecil basuh dan toskan .
2.Bawang kupas basuh dan potong nipis
3.Kisar semua bahan B hingga halus.
4.Masukan Daging kedalam periuk masukan bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kk
manis dan bahan B yang dikisar .
5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air asam jawa dan sedikit air dan minyak
gaul hingga sebati.
6.Angkat periuk letak atas dapur masak dengan api kecil selama 1-2 jam
atau sehingga daging empuk dan pekat kuahnya.

Cadangan Hidangan:
Hidang dengan nasi tomato/nasi minyak
Tambahan:
Masakan daging ini perlu dikacau selalu untuk mengelakan dari hangit.
Daging akan masak dengan air bawang sahaja sebab itu perlu masak dengan api kecil

Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

contributor: ida

Daging (dihiris halus)

Bahan tumbuk:
Lada hitam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia

Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Bahan perasa

* Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut agakan puan-puan sendiri.
Cara:
Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)
Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk.
Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar.

Daging Masak Merah

contributor: ida

Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara:
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat

Daging Black Pepper

contributor: ida

Bahan-Bahan:
Daging - Direbus dan hiris nipis
½ cawan kicap pekat
¼ cawan sos tiram
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar gula 3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 labu cili epal (capsicum) - potong memanjang
1 batang salary - potong memanjang
1 labu bawang besar - potong kiub
Cara:
Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau.
Masukkan kicap pekat dan lada hitam.
Maukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih.
Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum.
Biarkan mendidih dan pekat.
Sedia untuk dihidang.

Daging Masak Afrika

contributor: aida

1kg daging
Kentang 3 / 4 biji dipotong dan digoreng dulu
Kacang peas

Bawang merah & putih}
Halia } (diblend & ditumis) A
lada hitam }

Sos black pepper}
Sos tomato } sedikit & secukup rasa B
Sos tiram }


Cara – cara

Tumis bahan A hinga garing
Masukkan daging yang telah dipotong
Goring & kemudian masukkan air (kandungan air biar banyak bagi mengempokkan daging)
Bila dah kering masukkan bahan B, kentang dan kacang peas.

Mee Kari Chef Wan

Bahan-Bahan
Untuk 5 hidangan

350 g mi kuning (dicelur & ditoskan)
200 g isi kerang 150 g isi udang
250 g dada ayam (dipotong kecil & dibuang kulit)
600 g sayur sawi (dipotong kecil & dicelur)
200 g taugeh (dicelur)
200 g tauhu
650 ml air
40 g rempah kari (dijadikan pes)
500 ml susu rendah lemak
250 ml air rebusan ayam
30 g bawang merah }
10 g bawang putih } ditumbuk lumat
2 sm halia }
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
300 g tomato
10 g daun kari
15 g daun ketumbar (dihiris)
20 g minyak zaitun
1/2 sdt garam

Cara Cara
1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kuning, atas api rendah.
2. Masukkan rempah dan daun kari, ayam dan tumiskan dengan sedikit air. Tambahkan udang kering, kerang dan tomato.
3. Masukkan susu dan air rebusan ayam. Kemudian perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan tomato, mi, taugeh sawi dan tauhu.

Sos Yong Tau Foo

contributor: aida

Bahan-bahannya
1 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh bawang putih kisar
100g gula merah atau gula Melaka
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh petis
1/2 gelas air jus dari 6 biji limau kasturi

Caranya
Masukkan semua bahan kedalam periuk. Kacau rata diatas api yang sederhana. Apabila sambalnya mendidih dan pekat, matikan api.

GULAI IKAN MASIN

contributor: aida

Bahan-bahannya
8 ekor ikan sepat masin
1/2 biji nenas, dipotong lebar-lebar
segenggam daun kesum
3 helai daun limau purut
santan dari sebiji kelapa
jus dari 2 biji limau nipis
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Untuk dikisar halus
8 biji cili merah atau lebih
2 batang serai
1 cm lengkuas
3 urat daun ketumbar
2 helai daun limau purut
2 cm kunyit hidup
2 camca kecil belacan
8 biji bawang merah

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan didihkan. Setelah mendidih, masukkan ikan sepat, nenas dan juga daun limau purut. Masak selama 15 minit lagi.
3. Sebelum disajikan masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa.

Ikan Panggang Percik

contributor: aida

Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap, dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar

Bahan-bahan sambal percik
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
jus dari sebiji limau nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
sekeping kertas timah (aluminium foil)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis
2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak.

Agar Agar Sri Siantan

contributor: aida

1 paket agar-agar
santan
gula merah
telur 3 biji
gula putih
gula batu (kalau suka)
air (agak2 muat 1 loyang penuh bila campur ngan santan)

Masak agar-agar sampai hancur
Masukkan gula merah + gula putih hingga didih
Santan + telur disatukan dan dikacau pass tu masuk dlm periuk dan kacau hinga didih.

Mee Bandung Muar

contributor: aida

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Ayam Tandoori

contributor: aida

1 ekor ayam dipotong empat

BAHAN 1
200 gram bawang besar
30 gram bawang putih
30 gram halia

BAHAN 2
10 gram garam masalayogurt asli
200 gram jus limau
120 gram serbuk cili
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh pewarna merah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT

Campurkan bahan 1 dan 2 untuk ramuan tandori. Ayam yang telah dipotong empat dibersih dan buang kulit.Perapkan dengan ramuan tandori untuk semalaman. Bakar dalam ketuhar tandori atau ketuhar biasa pada 230’C untuk 20 minit.
Sedia untuk dihidangkan.

for more...& more resepi anda ...please visit
http://members.nbci.com/_XMCM/sedap/utama.html

selamat memasak....

Serunding Ayam/ Daging

contributor: aida

Bahan A

1 kg ayam/daging ( diracik halus )
10 gm jintan manis
10 gm jintan putih
5 gm biji ketumbar

Bahan B

10 ulas bawang merah )
5 ulas bawang putih )
1 biji kelapa parut ) dikisar halus
200 gm asam jawa )
gula, garam dan air secukup rasa )


Cara :

Campurkan kesemua bahan A dan B dan gaulkan bersama ayam/daging. Perapkan ia selama 1 jam. Kemudian tuangkan air ke dalam semua bahan tadi dan rebus. Setelah hampir masak, masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.

Acar Nenas Syawal

contributor: aida

Bahan:

¾ biji nenas masak
4 biji cili merah
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah kecil
1 sudu besar gula merah
1 sudu kecil cuka
50 gm sotong gelek

Cara:

1. Nenas dibuang kulit dan diracik-racik halus. Sementara itu, cili merah, bawang merah dan bawang putih dikisar halus.

2. Untuk sotong gelek pula disiat-siat halus dan campurkan kesemua bahan-bahan di atas bersama gula merah dan juga cuka. Gaul hingga sebati sebelum dihidangkan.

Ayam Bakar Madu Tujuh Likur

contributor: aida

Bahan:

1 ekor ayam
20 gm planta
300 gm bawang besar
50 gm bawang putih
50 ml jus oren
50 ml jus limau
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk cili
5 sudu besar madu asli

Cara:

1. Panaskan planta di dalam periuk. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga warnanya bertukar kekuning-kuningan.
2. Seterusnya masukkan kesemua bahan-bahan dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Angkat dan ketepikan untuk sementara.
3. Apabila kuah sudah sejuk, lumurkan ia keseluruhan ayam dan di bahagian dalam sekali. Kemudian bolehlah dibakar di dalam oven selama 25 minit pada suhu 180 darjah Celcius.
4. Ketika ayam sedang dibakar, bolehlah dituang lebihan kuah sedikit demi sedikit sehingga ayam masak. Angkat dan hidangkan.

Mi Kari

contributor: aida

Bahan:

mee kuning
Udang kering (bior banyak sikit baru sedap)
Udang basah
Daging(direbus) @ ayam
Lada kering, bawang merah,putih, Halia & Kunyit (dikisar)
Rempah Kari & daun kari
Bawang Goreng
tahu ( digoreng dan dipotong kecil ) atau
tahu yang dah siap goreng
fish kek
Kerang (direbus
1 @ 2 biji kelapa ( ambil santan ) ikut suka cair atau pekat
Telur Rebus
Air (ikut suka kalau nak cair lebihkan air)

Cara:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah kari & daun kari
2. Masukkan udang kering dan udang diikuti dengan santan cair, air & air asam jawa diikuti dengan daging @ ayam dan udang basah
3. Apabila santan mendidih atau ayam dah empuk masukkan fish kek, tahu, kerang rebus & santan pekat.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur serta bawang goreng dan telur rebus.

Rendang Daging

contributor: aida

Bahan:

600 gm daging
2 biji kelapa
30 ulas bawang merah )
8 ulas bawang putih ) dicincang
1 helai daun kunyit
1 inci halia )
2 batang serai ) dikisar halus
20 tangkai cili kering )
garam secukup rasa

Cara:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan pula bahan yang digiling lumat dan ditumis sehingga naik bau.
3. Masukkan daging bersama santan dan garam secukup rasa.Apabila setengah masak, masukkan pula daun kunyit dan kacau sehingga kering.

Rendang Perlis

contributor: aida

Bahan:

1 kg daging ( dipotong dadu sebesar 2 ½ cm )
2 ½ cm lengkuas )
5 batang serai )
20 tangkai cili kering ) dikisar halus
2 ½ cm halia )
600 gm bawang merah )
3 ulas bawang putih )
2 biji kelapa ( diambil santan )
3 helai daun kunyit
200 gm kerisik
garam secukup rasa

Cara:

1. Perapkan daging bersama satu camca teh garam dan biarkan selama 15 minit.
2. Panaskan minyak kemudian goreng bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan pula daging dan dikacau sehingga airnya kering.
4. Masukkan santan diikuti dengan kerisik dan daun kunyit. Dalam pada itu kacau selalu di atas api yang perlahan.
5. Apabila daging empuk dan kuah pekat berminyak, masukkan pula garam secukup rasa.

Agar Agar Karamel Coklat

contributor: aida

Bahan:

2 ½ paket agar-agar
2 ½ cawan gula
2 sudu besar tepung jagung ( dibancuh bersama ½ cawan air )
1 butir telor
2 sudu vanilla
pewarna kuning
sedikit garam
1 tin susu cair
8 cawan air ( untuk masak agar-agar )
½ cawan coklat ( dicairkan )

Cara:

1. Panaskan air kemudian masukkan agar-agar dan masak sehingga larut.
2. Setelah agar-agar larut, masukkan gula, susu cair diikuti telur, garam dan vanilla.
3. Apabila mendidih, angkat dan tapiskan adunan tersebut serta bahagikan kepada dua bahagian.
4. Masukkan cecair coklat pada adunan pertama dan jerangkan atas api yang perlahan.
5. Masukkan cecair tepung jagung pada adunan kedua kemudian masukkan pula pewarna kuning.
6. Apabila masak, masukkan agar-agar ke dalam acuan dan lapiskan dengan warna coklat terlebih dahulu kemudian diselangkan dengan warna kuning.

Kerabu Muhibbah

contributor: aida

Bahan bahan

100 gm kepah
100 gm udang bunga
100 gm sotong putih bunga
50 gm sengkuang
50 gm lobak merah
50 gm timun
20 gm cili padi
1 batang serai
2 sudu jus limau
2 sudu kacang tumbuk
1 sudu gula merah


CARA-CARA

1. Celur sebentar kepah, udang dan sotong, toskan. Kemudian hiris memanjang sengkuang, lobak merah dan timun.
2. Seterusnya sangai udang kering dan ditumbuk halus, sementara cili padi dan serai dihiris halus.
3. Setelah selesai menghiris, gaulkan kesemuanya di dalam satu mangkuk dan masukan gula serta sos ikan.

Mi Nyonya

contributor: aida

2kg mi kuning
50 sen taugeh
limau kasturi
bunga kantan
cili merah
20 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
lengkuas sebesar 2 ibu jari
halia sebesar 2 ibu jari
12 batang serai
6 keping tahu kering
½ kg isi ikan tenggiri (ditumbuk dan digaul denga putih telur kemudian digentel bulat-bulat)
½ kg udang
4 sudu besar cili kering
½ sudu teh serbuk kunyit
2 biji kelapa

Tumis bahan kisar bersama cili hingga naik bau, masukkan serbuk kunyit dan udang diikuti dengan santan, apabila santan memdidih masukkan bebola ikan serta garam secukup rasa, masukkan pula tahu kering. Hidangkan bersama mi taugah yang telah dicelur serta hirisan bunga kantan, cili dan limau.

PUDING BUAH-BUAHAN COCKTAIL

contributor: aida

1 Tin Besar Cocktail
2 tin susu cair
1 sudu besar vanila
Gula secukup rasa
9-10 sudu besar tepung kastad
1 paket agar-agar
3-4 cawan air ( lebih kurang )


Cara-caranya


Bancuh tepung kastad dengan susu cair dan esen vanila hingga sebati Basuh agar-agar dan masak dengan air sehingga mendidih, angkat dan tapiskan agar-agar ke dalam mangkuk. Masak semula agar-agar ke dalam periuk tadi , bila mendidih campurkan dengan gula lebih kurang lima sudu besar. Apabila gula dah sebati, tapiskan susu cair yang telah dibancuh ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga masak. Rasa puding tersebut, kiranya kurang manis bolehlah tambahkan gula. Kacau kembali hingga masak dan pekat barulah masukkan cocktail dan kacau hingga sebati dan bolehlah padamkan api. Masukkan puding ke dalam acuan dengan segera dan biarkan sejuk baru boleh masuk ke dalam peti ais. Kalau buat malam ni, esoknya baru boleh makan kat pejabat. OK


Selamat mencuba…..

Wednesday, 24 September 2008

NESTUM CHIP

Contributor: izan

300g butter
240g gula halus
2 biji telur
2 sk esen vanilla
580g tepung naik sendiri
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
200g nestum
250g choc chip

Cara
· Pukul butter & gula hingga kembang
· Masukkan telur & esen vanilla
· Masukkan choc chip & nestum.
· Masukkan tepung naik sendiri, baking powder & soda bikarbonat (diayak bersama)
· Bulat-bulatkan adunan sebesar guli, kemudian tekan hingga leper dengan garfu utk dapatkan corak.
· Bakar pada suhu 150’C selama lebih kurang 15 minit.

Ida's Pizza




3/4 cawan air sejuk
1 sudu besar minyak (i guna olive oil, bg rasa italian sikit...)
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar dry milk
2 1/4 cawan bread flour
1 sudu kecil active dry yeast

uli semua, buat dough, biar naik stengah jam. canai & masuk dlm pan yg ditabur dgn sedikit tepung. bagi edges dia naik sikit, taruk pizza sauce, minced meat, chopped tomatoes, chopped onions, sliced mushroom, sliced hotdog, or any other toppings, top up with a mixture of mozarella, cheddar and parmesan cheese.
bake 20 mins at 215 C. toast (bakar atas shj) for 1-2 mins utk dptkan sizzling golden brown chese.
resepi atas tu boleh buat 1 12inch or 2 9inch thick crust
ataupun 2 12inch or 4 9inch thin crust

Tuesday, 23 September 2008

Baked Curry Puffs

Contributor: ida
source: Kak Emy (RoyalTLady)

A. Short crust pastry
1 Kg. plain flour
500 gms. butter
1 glass iced cold water

1.Cut up butter into the flour till small in size.
2.With tips of your fingers, work it up into fine bread crumbs.
3. Make a well in the middle and pour in iced cold water.
4. Use metal spoon, fold in the flour.
5. Form into a few ball sized dough.
6. Rest them in a well covered mixing bowl using damp cloth for about 1/2 hour. Meanwhile, prepare the fillings.
7. Once the dough is soft, roll out and cut into circles.

B. Fillings
1 tray minced beef
6 med.sized potatoes - diced
4-5 red onions - diced
1 egg yolk or milk
6 garlics, 1 red onions, 1" ginger = blend together.
3 Tabsp. curry powder mixed with khurma powder.

1. Prepare the fillngs: fry kulit k.manis, bunga lawang, buah pelaga and cengkeh.
2. Add blended ingredients. Once done, add curry powder. Add mince beef.
3. When colors changed and potatoes and cook until done.
4. Add kicap (if you like).

Prepare the curry puffs.
Put the filling sufficient to seal the edges. Line in the baking tray, not too close together. Brush egg yolk or milk over them. Bake at 200 degrees. For new oven like yours,try with 190. Baking time 18-20 mins. It should be ready when lightly brown.

Monday, 22 September 2008

Ida's Peanut Cornflakes Cookies

Contributor: ida





A:
300g plain flour
100g custard powder
1 1/2 teasp baking powder
B:
200g cornflakes
100g roasted peanuts (or macadamia)
C:
250g butter
180g fine sugar
1 1/2 teasp vanilla essence
2 medium eggs
Method:
1. sift together ingredients A, finely ground ingredients B & stir in with A. set aside.
2. cream ingredients C till almost fluffy, add flour mixture A&B, mix well til form soft dough.
3. roll dough about less than 1cm, cut with cookie cutter.
4. place cut dough on lightly greased baking tray, allow a little room for spreading.
5. sprinkle coloured rice (or other decos) and pat a little on the cookies.
6. bake in preheated oven at 180 C for 15-18 mins or until lightly brown. remove from oven and let cool for 20mins.

Kek Kukus

Sesuai untuk semua perayaan (terutama hari raya dan krismas)

Bahan-bahan ( 15 orang ke atas )

375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
3 biji telur Gred A
300 g tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
150 g gula perang (gula halus pun ok)
150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
1 biji pala, diparut
30 g badam keping
Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara
Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)
Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.
UNTUK PANDUAN:- Rempah biji pala ini penting utk menyeimbangkan rasa kek dgn buah2an dan mentega, disamping menambah aroma... Rempah biji pala ini boleh didapati di kedai2 india yg menjual rempah ratus.

Friday, 19 September 2008

Kuih Cara Berlauk Ida

Contributor: ida

Bahan A:
½ kg daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dihiris halus)
5 sudu besar minyak masak
sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B:
½ kg tepung gandum
½ kg santan
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiasan:
2 tangkai cili merah (dimayang)
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus)

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Bancuh Bahan B dan kacau hingga sebati, pastikan supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Gunakan api kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.

Kuih Cara Manis

Contributor: ida
Source: internet

Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
½ biji kelapa
4 helai daun pandan
garam
gula
majerin
Cara:
Tepung gandum yang telah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk. Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan bersama air daun pandan sedikit demi sedikit. Kacau agar tidak bergentil. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair dan masukkan sedikit garam. Panaskan acuan baulu dengan sedikit majerin. Masukkan adunan dan tabur sedikit gula di atasnya. Setelah bahagian tepi kuning bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.

Thursday, 18 September 2008

Laksa Johor Ida


Contributor: ida

Panaskan minyak 1 cawan
Masukkan bahan kisar kering:
1 keping (10 cm) ikan kurau kering
8 sudu besar udang kering
Masukkan bahan tumis:
1 ½ bekas sedang cili giling
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
6 cm halia
6 cm lengkuas
6 cm kunyit hidup
Rebus, toskan dan masukkan isi bahan yang dikisar halus:
5 ekor ikan kerisi sedang/kecil
1 kg udang basah
(air rebusan simpan utk kuah)
Masukkan bahan-bahan lain:
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 paket besar (8x12cm) kerisik
1 kg santan
air rebusan ikan dan udang
6 keping asam gelugor
6 batang serai dititik
sedikit daun kesum
garam secukup rasa
Rebus 3 bungkus spagetti, campurkan minyak, toskan.
Hiris ulam-ulaman:
Timun, taugeh, kacang panjang, daun pudina
Bawang besar, cili merah, cili api
Tambah sambal cili jika perlu:
Tumbuk cili merah, sedikit belacan, garam

Honey Flakes & Choco Flakes Ida


Contributor: ida

Honey Flakes

2 sudu besar gula
1 cawan honey
1/2 buku butter (or 125g)
1 kotak cornflakes
masuk semua dlm periuk (kecuali cornflakes), masak hingga gula hancur
biar sejuk sekejap (jgn sampai keras!)
masukkan cornflakes, kacau hingga rata
masuk dlm small papercups, hias dgn diced cherries (not the fresh one!) or dgn choc rice or colourful rice (skrg ada mcm2 kaler & shapes- anak i suka yg coloured stars tu)
bakar selama 10 minit supaya kekal crunchy
biar sejuk, simpan dlm bekas air tight (klu ada lagi!!)
alternatively, klu xnk honey, boleh buat chocolate flakes.

Choco Flakes

1 bar cooking chocolate,
1 sudu besar butter
2 sudu besar susu pekat manis
1 kotak cornflakes
masuk semua dlm periuk (kecuali cornflakes), masak hingga sebati
masukkan cornflakes, kacau hingga rata
masuk dlm small papercups, hias spt honey cornflakes d atas
tak perlu bakar semula
biar sejuk 15mins, simpan dlm bekas air tight (sama gak, klu ada lagi!!)

Biskut Batik Ida




Contributor: ida

20 keping biskut marie
1 keping cooking chocolate bar
½ cawan susu pekat
½ cawan milo
2 sudu besar butter

masuk semua dlm periuk (kecuali biskut), masak hingga sebati
masukkan biskut yg dipatah2kan, kacau hingga rata (masukkan ½ cawan kacang tumbuk jika suka). adjust campuran biskut mengikut kepekatan coklat.
masuk dlm bekas, biar sejuk, potong2

anak2 pasti suka. in fact, boleh bg diaorg buat pun, pasti enjoy. klu suka, campak la benda2 lain dlm tu yg anak2 gemar, spt m&m's, nuts, raisin, kurma, jellybeans, etc.

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP

Contributor: iza
source: hanie liza

guna 250g butter, tak yah cari margerin. Shortening tu akan buat biskut jadi rangup.
guna cookies flour tapi ada orang ckp guna tepung gandum pun dah rangup.
White coklate chips boleh ganti ngan chocolate rice yang warna-warni
badam cincang roast dulu.

Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum
20 g serbuk koko ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Ayam Palembang Ida

Contributor: ida
source: ibu mertuaku

resepi (utk stengah ekor ayam) :
ayam gaul dgn garam kunyit, goreng dulu
kentang potong 4, goreng dulu
tumis bunga lawang 2 kuntum, kulit kayu manis 1 batang, pelaga 4 biji, daun kari stangkai, serai sebatang
dh wangi, masuk bawang putih 2 ulas & besar 1 labu & halia stengah inci yg dh blend
agak dh masak bawang, masuk cili giling/ cili boh (1 sudu besar or ikut selera pedas)
lepas cili dh masak, masuk santan 1 cawan (boleh tambah kalu nk kuah lebih)
bila santan dh masak & dh sebati, tambah kicap manis (bg masin ikut selera)
tambah bawng besar 1 labu, potong dadu besar2 (jika suka makan bawang)
asam keping 1, masuk skejap je, bg masam sikit2.
masukkan ayam & kentang yg dh digoreng
reneh sampai kuah pekat

note: if i cook, main campak je bahan2, tak la guna sukatan sgt. kat atas tu anggaran je. klu ikut resepi original, takde rempah2 tu, memadai dgn bwg besar & daun kari (2 bahan utama). klu bawang besar, i prefer yg kuning. masakan ni sedap makan dgn nasi putih & msak lemak jantung pisang, ulam pucuk paku & sambal belacan, ikan masin & of course, tempe goreng jintan & daun kari.

DONUT SURIA

Contributor: Iza
Source: mamafami

Ingredients :

(A)
3 cups flour
3 tablespoons milk powder
3 tablespoons shortening (I just used margarine)
3 tablespoons castor sugar

(B)
200ml lukewarm water
2 teaspoons instant dry yeast
20ml water ~ extra if needed

Method :
1. Mix well all the ingredients in B.
2. Pour into ingredients A and knead till smooth and shiny.
3. Roll to about 1/2 cm thick and cut with the donut cutter.
4. Leave to prove for about 1/2 hour.
5. Fry on medium heat till golden brown.
6. Coat with sugar.

Variations : Suria made this donut with cheddar cheese filling. Just make the dough into small balls and place a piece of sliced cheddar cheese in the middle. With 1 cup of flour, she managed to get about 8 donuts. She'll cut a piece of sliced cheddar cheese into 4 parts for the fillings. When fried, coat with sugar. I just coat mine with icing sugar.

Macaroni Goreng Berempah

Contributor: aida

Rebus macaroni and toskan

Tumis bawang besar yg diblend(lebih kurang 3 biji)

Bila dah naik bau masukkan jintan manis and jintan putih yg ditumbuk(agak2)
Pas tu masukkan daging yg dipotong kecil.

Dah masak daging tu campur air sikit bagi empuk, masukkan sos tomato and sos cili. Sonang ja.

Masukkan macaroni, kobis yg dihiris nipis and daun sup potong 1 inci panjang.
Gaul rata jgn lupa garam dan sedikit gula. Hidangkan dgn bawang goreng yg buat sendiri tu. Memang elok buat sendiri yg beli keras and liat tak garing.

Selamat mencuba. Resepi ni senang dan ringkas nak disediakan.

Kuih Gunting

Contributor: ina

1 kilo tepung gandum
2 biji telur planta/minyak sapi
daun sup n daun bawang - potong halus
santan dari sebiji kelapa
bawang goreng diramas
ketumbar )
jintan manis )
jintan putih ) mesin kering
udang kering )
udang basah )
cili kering )
garam secukup rasa

campur semua . tapi hang kena pandai agak planta/minyak sapi . sebab kalau kurang nanti adunan jadi keras. selamat mencuba. resepi ni aku ambik dari orang Kuala Kangsaq.

Baby Farah Candy Bars

Contributor: ina

1 CWN PEANUT BUTTER CHUNKY
1 CAWAN SIRAP JAGUNG
1/2 CAWAN GULA PERANG, DIPADATKAN
1/2 CAWAN GULA PASIR
6 CAWAN CORNFLAKES, DIRAMAS
1 CAWAN SEMISWEET CHACOLATE CIPS
1 CAWAN KACANG, DICINCANG ATAU TUMBUK KASAR

CARA2
DALAM SAUCEPAN, GUNAKAN API SEDERHANA, MASUKKAN PEANUT BUTTER,SIRAP JAGUNG, GULA PERANG DAN GULA PASIR. MASAK SAMBIL DIKACAU SELALU SEHINGGA RATA.
ANGKAT DARI ATAS API, CEPAT-CEPAT MASUKKAN CORNFLAKES, CHOCOLATE CIPS DAN KACANG SAMPAI SEMUANYA DIGAUL DENGAN SEBATI.
TEKAN ADUNAN DALAM LOYANG 9 X 13 INCI YANG TELAH DISAPUKAN DGN MENTEGA. POTONG BENTUK CANDY BARS SEWAKTU MASIH PANAS.

Pie Tee / Top Hat

Contributor: iza

ini resepi dari the star amy beh (kuali). Iza punya resepi lebih kurang camtu jugak untuk kulit tapi iza guna air sejuk dari peti ais dan sukatan dalam cawan semuanya.

Ingredients

Batter:
· 125g plain flour
· 30g rice flour
· Pinch of salt
· 1 egg, beaten
· 325ml water
· Enough oil for deep-frying

Filling:
· 1 tsp chopped garlic
· 1 – 2 tbsp oil
· 100g prawns, shelled and diced
· 400g turnip (bangkuang or yam bean), shredded
· 150g carrot, shredded

Seasoning:
· 1 tsp light soy sauce
· ½ tsp salt
· ¾ tsp sugar
· ½ tsp chicken stock granules
· Pinch of pepper
· ¾ cup water

Garnishing:
· 75g bean sprouts, tailed and blanched
· Shredded omelette
· Cooked crab meat, flaked
· Shallot crisps
· Chopped spring onions
· Chopped red fresh chillies

Method

Combine both flours in a mixing bowl; add the egg, water and salt to form a batter. Whisk slowly until well mixed. Strain batter.
Heat oil in a saucepan, with the pie tee mould immersed in the oil until mould is just hot. Lower the heat. Dip hot mould in the batter, ensuring that it´s thoroughly coated. Allow excess batter to drip off, then plunge mould into the hot oil. (the mould should not be overly hot and the batter must not sizzle when the mould is immersed.)
To separate the batter from the mould, jiggle the mould up and down to loosen the soft edges around it. The batter should come loose with a slight shake. Allow the casing to cook until it´s light brown. Drain. Cool and store in an airtight container.
For the filling, fry garlic and prawns until fragrant. Add turnip, carrot and seasoning. Cook for six to seven minutes and simmer until vegetables turn soft. Remove to cool. Put a little of the filling in the pie tee cases. Garnish and serve immediately.

Choc Chips Cookies

Contributor: izan

Izan guna resipi kawan Izan. Dia memang buat biznes choc chip pun. Ni dia resipi...

200 g brown sugar ( Izan kurangkan kpd 150 g sbb tak suka manis sangat.)
250 g butter
300 g tepung gandum ( ayak bersama soda bikarbonat)
2 biji telur
1 sudu besar soda bikarbonat ( jgn penuh sgt takut kembang sgt nanti)
1 sudu teh garam
1 sudu teh essen vanilla
300 g choc chip ( ikut citarasa)
100 g badam cincang

Pukul brown sugar n butter sampai kembang. Then masukkan telur n essen vanila. Then masukkan tepung yang
dah ayak dgn soda bikarbonat tadi. Bila dah sebati masukkan choc chip dan badam cincang tadi. Bakar pd suhu 180 darjah dlm 15 minit.

Yogurt / Dadih

Contributor: yan

buat sendiri...iaitu, 1 cwn susu pekat, 1 cawan air suam, limau kasturi 5 biji....gaul susu dan air suam biar sebati, then perah limau kasturi tu thru penapis teh ke dlm susu, kacau sebati, peram semalam dlm peti ais...esok tu dah boleh guna utk nasi, kek dll...

Nasi Minyak

Contributor: Aida

aku ni tak ler pandai sbb jarang buat. but basic ingredient dia hang tau la segala bwang, halia dan yg sewaktu dgnnya tu mcm nasi ayam. cuma kena tumis ngan minyak sapi dah naik bau hang masukkan susu cair 1/2 tin. aku tak suka letak banyak sbb tak nak muak nanti rasa nasi tu. dah mendidih masukkan beras and air sukat macam biasa. jgn lupa garam. last sekali tu goreng biji gajus and kismis dgn sedikit munyak sapi and hang taburkan atas nasi or gaul dgn nasi yg telah di masak. masa serve. tabur juga bawang goreng. makesure buat sendiri baru garing.
kalau ada sesapa boleh enhance lagi. silakan...

Puding Caramel

Contributor: Kak Noor

Bahan-bahan
5 biji telur (kalau telur kecik, letak 6 biji)
1/2 cwn gula
1 tin susu cair
1/2 tin airEsen vanilla
4 sudu besar gula (ni utk buat caramel)

Cara membuat :-
- Buat caramel (gula hangus) dulu...Masakkan gula (api jangan besaq sgt nanti gula tu hangit) sampai dia cair dan jadi brown. (Elok masak guna bekas yang kita nak pakai untuk kukus puding so tak yah nak transfer dah)
- Pukul telur dengan gula sampai gula larut (kalau gula tak larut nanti puding tak cantik)- Masukkan esen vanilla, susu cair & air
- kacau rata2.
- Tapiskan dalam bekas yang ada gula hangus tadi.
- Kukus selama 40 minit. (Elok tutup bekas tu dengan aluminium foil so that air kukus tak masuk dalam pudding)
-Sejukkan, pastu boleh diterbalikkan sebelum dihidangkan.Note : K.Noor suka letak strawberries kat atas puding tu. Makan sejuk2.. sedap...

Sagu Gula Melaka

Contributor: Afka

sagu 1 cawan
air 3 cawan
gula kabung/melaka
santan

masak sagu + air =kacau atas air perlahan2..kalau nampak yg putih tu ada lagi tambah sikit air panas dlm sagu tadi n kacau..
nak buat gula dia tu..pandai2 hampa adjust
sama gak dgn santan
so siap utk di makan

Spaghetti Jezzra

Contributor: Intan

Spaghetti - rebus macam biasa

Ramuan utk sosnye:
8-10 biji fresh tomato (potong cube)
sedikit tomato sos (kalau ada tomato sup pun boleh)
minced chicken
oyster mushroom
udang sederhana
fresh mint

Cara-caranya:
Tmiskan diced bawang putih dan bawang merah serta 3-4 bunga cengkih. (kalau takut tergigit 'bom' ni, tak yah pun tak pe)
Masukkan minced chicken dan sedikit air untuk masakkan ayam itu.
Then masukkan fresh tomato dan masak sehingga mesra dan tomato tu hancur (jgn hancur sgt).
Add sedikit aje tomato sos atau tomato sup (tujuan utk pekatkan ).
Masukkan oyster mushroom.
Sedikit garam dan sedikit gula jika fresh tomato tu masam sgt.
Bila semuanya dah nampak cantik, baru masukkan udang dan daun pudina.
Jgn lama sgt, nanti udang jadi keras.

Dah siap!
Selamat mencuba.

Triffles

Contributor: K Noor

1 bungkus swiss roll
1 kotak jelly instant perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar (guna susu cair pun boleh tapi kurang jadi 2 cawan susu + 1 cawan air)

~ Campurkan tepung kastard, gula dan susu. Masak sampai mendidih. Ketepikan, biar sejuk.
~ Potong swiss roll dan susun dalam bekas (ni base dia)
~ Ambil sedikit jus buah cocktail dan tuang atas kek.
~ Tuangkan kastard tadi dan ratakan atas kek.
~ Taburkan buah cocktail atas kastard.
~ Bancuhkan jelly instant (ikut arahan kat box dia) dan tuang kat atas buah tadi.
~ Sejukkan sebelum hidang.

Note : Aku ni kalau masak main campak2 je, sukat main agak2 so macam resepi puding caramel tadi kalau agak tak manis boleh la tambah gula. Ikut citarasa sendiri. Selamat mencuba !

BUBUR LAMBUK

Contributor: Aida
Source: Friend

1 POT BERAS
1 BATANG SERAI (dititik @ ditumbuk)
1 ½ INCI LENGKUAS
1 ½ HALIA ditumbuk
5 BIJI BAWANG MERAH (KECIL) bersama
3 BIJI BAWANG PUTIH
1 SUDU BESAR KETUMBAR ditumbuk
1 SUDU BESAR JINTAN MANIS bersama
1 BIJI KELAPA PARUT (ambil santannya)
SEDIKIT DAUN KESUM (ditumbuk halus)
KACANG KUDA (ikut suka)
DAGING (elok direbus dulu)
KENTANG (potong dadu) atau mixed vagetable
CARROT (potong dadu)
SETENGAH SUDU BESAR LADA HITAM (ditumbuk halus)
GARAM
MINYAK (lebih kurang 3 sudu besar)
SEDIKIT DAUN BAWANG/SUP


Kacang kuda direndam semalaman. Daging lebih baik direbus dulu. Rebus beras bersama dengan kacang kuda dan daging serentak. (kalau ada air rebusan daging, boleh dicampurkan sekali, jangan lupa letak garam) Bila nasi separuh masak masukkan kentang. Lepas tu jangan buang masa lagi perahle kelapa. Sambil tu perhatikan bubur dan masukkan carrot. Kemudian panskan minyak sikit je untuk menumis bawang yang ditumbuk dan serai. Bila dah bau wangi masukkan jintan dan ketumbar, ratakan dan masuk santan dan daun kesum. Tutup api bila santan mendidih. Tengok nasi dalam periuk, kalau dah masak (pastikan air dalam bubur mencukupi kalau tak cukup tambah air) masukkan santan tadi dan lada hitam. Kacau rata dan biar sekejap hingga mendidih. Pastikan rasa masinnya mencukupi. Akhir sekali taburkan daun bawang/sup.

Untuk hiasan bolehlah gunakan kacang gajus yang dipotong kecil, telur dadar dicincang, kismis dan bawang goreng.

P/s: kalau guna mixed vege masukkannya bila bubur dah hampir masak

Nasi Daging Yan

Contributor: Yan

Bahan2:

Daging - 1/2 kilo - dipotong sebesar 3/4 tapak tangan, 3/4 inci tebal dan direbus empuk...air daging biar lebih, nak rebus nasi pula..

Nasi:

Beras 4 pot - basuh dan tos
Rempah nasi daging - 1 sudu besar (kalau ada) - if not, guna 1/2 rempah sup & 1/2 rempah kurma (kat penang, byk rempah nasi daging ni)
Bawang merah - 3 ulas
Bawang putih - 3 ulas
Kulit kayu manis
Bunga lawang
bunga cengkih
Halia - dimayang panjang2
Kiub ayam knorr - 1 kiub
Garam
daun pandan 1 keping
Minyak utk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak. Tumiskan k.k.manis + bunga lawang + cengkih + halia + bawang merah + putih hingga naik wangi.
2. Tumiskan pula rempah nasi daging, biar rempah masak.
3. masukkan air rebusan daging (sukatan : kalau beras 3 pot, air guna lah 4 pot) . Klau guna beras basmathi, tak ada masalah nasi mentah kalau air terkurang pun...
4. masukkan kiub ayam, daun pandan, garam - biar mendidih
5. Masukkan beras...
6. Biar sekejap dan masukkan daging yg. direbus tadi, gaul biar daging bercampur dengan beras tu..
7. Biar nasi masak ler..then buleh hidang...

Air asam cicah daging:
Bahan:

A. Kerisik - 2 sudu besar

B. Dikisar/blend:
Cili merah - 3 biji
cili api - 3 biji
air asam jawa - agak2 boleh blend
air limau nipis - 1 biji
belacan sikit - ikut selera
garam
sos cili - 3 sudu besar

C. Dihiris nipis
bawang besar - 1 labu -
Tomato - 2 biji

Cara: gaulkan bahan yg telah dikisar dengan bahan yg. telah dihiris nipis dan sedikit kerisik. rasa secukup rasa!...

Dalca:

Ayam sikit - potong kecil

lobak merah 1 btg
kacang panjang 3 urat
terung 1 biji
kentang 1 or 2 biji
kacang dal segenggam - rebus empuk
asam keping - 2 or 3 keping
santan

Bahan tumis:
daun kari
bawang merah dan putih utk menumis
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
daun kari

rempah kari daging/ayam - 1 peket..

Cara2:

1. Tumis bahan tumis hingga garing dan wangi...
2. Tumis pula rempah kari hingga garing dan wangi...
3. masukkan santan (yg. cair dulu) - then masukkan ayam, sayur2an, asam keping dan kacang dal...
4. bila dah hampir masak, masukkan kepala santan (santan pekat la)...

selamat mencuba...ini resepi cara aku la..boleh value-added mana yg. patut...

Nasi Ayam Aida

Contributor: Aida

Rebus ayam banyak mana yg hang nak masak. Rebus together ngan bwang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis, lada hitam , sekuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih and 3 biji buah pelaga. masuk ketumbar biji sikit pun ok sebab sup ayam sedap masuk ketumbaq hujung sudu ja. mak mertua aku ajaq.

Agak dah setengah jam hang keluarkan ayam tu dari sup. Ayam tu pulak hang merinate ngan bawang kecik, halia(ditumbuk), sos tiram, kicap masin and manis. Pas tu hang goreng api perlahan kalau tak rumah hang penuh minyak. Ayam tu meletup.

Utk nasi pulak

Tumbuk bwg kecik, putih dan halia, tumis dgn kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih and bunga lawang. Tumis dengan butter and minyak masak sikit sampai naik bau pas tu masukkan beras yg hang dah basuh ikut banyak mana hang nak masak. Goreng kering beras tu then masuk dalam rice cooker and masukkan air rebusan ayam tadi. Tanak nasi macam biasa. Masukkan daun pandan. Tekan ja rice cooker tu. Nasi dah siap. Serve with salad, timun and tomato fresh.

Sambal cili pulak hang ambik air rebusan ayam tu jugak , blend cili merah beberapa batang ikut hang, bawang putih sebiji and bawang merah kecil 3 ulas. Pas tu masak atas api masukkan sos cili bagi pekat, gula and garam dan cuka sikit.

Senang ja janji hang punya sup ayam tu sedap maka sedaplah semuanya.

Selamat mencuba.

Monday, 15 September 2008

Kek Coklat Kukus Ida

Contributor: Ida

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
½ cawan susu manis
1 ½ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur gred besar

Cara:
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan, jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tak masuk wap.Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejukkan. Acuan elok guna yg ada lubang kat tengah supaya kek tak mendap kat tengah.Sapu butter kat bhg dlm acuan sebelum tuang adunan supaya senang nk telangkupkan kek yg dh masak & sejuk ke dlm pinggan hidang.

A New Blog is Born...

Salam All...

When old friends meet, there are so many catching up to do, especially those you haven't met in 20 years!! This is what is happening to XTILadies88, a group of lovely ladies who used to go to the same school 20 years ago... Hundreds of emails showered our mailboxes every week, great experiences shared about life, religion, family, etc. but nothing is as hot as 'potpet's from the kitchen! This blog is created to share some of those wonderful 'potpet's...