Showing posts with label gravy/sauces. Show all posts
Showing posts with label gravy/sauces. Show all posts

Tuesday, 21 October 2008

Kuah Lontong/ Masak Lodeh Ida


Bahan kisar:
150 gm bawang merah/besar
50 gm bawang putih
80 gm kunyit hidup

Sayur:
100 gm lobak merah (dihiris jejari)
100 gm kacang pancang (dihiris jejari)
[boleh juga guna kobis, bunga kobis, terung, nangka muda, mengikut citarasa, tetapi elok dihadkan kepada 2-3 jenis sahaja]

Potong dadu dan goreng dahulu separuh garing/masak:
3 keping tauhu
200 gm tempe
4 biji kentang

Rendam hingga lembut:
20 gm suhun
100 gm fucuk

Minyak masak
80 gm udang kering
1 liter santan
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disimpul)
½ kg udang basah
Garam, gula secukup rasa

Cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau.Masukkan udang kering dan kacau seketika. Bubuh santan, serai, daun kunyit, hingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuran, bahan-bahan digoreng, suhun, fucuk, udang, garam dan gula.Kacau hingga kuah pekat.
Cadangan hidangan:Hidangkan bersama ketupat nasi/ lontong/ nasi impit. Enak jika diletakkan sedikit sambal tumis atau kuah kacang/ kuah satay.

MACARONI AYAM KUAH TOMATO

1kg dada ayam dipotong kecil-kecil
4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu besar lada puih serbuk
1 sudu besar mentega atau margarine
6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahja)
800ml air
1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
50g kacang peas
air perahan dari 1 biji lemon
garam secukup nya
gula jika suka
500 g macaroni ~ boil with water and a tablespoon of oil to avoid it from sticking together

1. Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih.
2. Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas.
4. Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa.
5. Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.
6. 500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal kelak.7. Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato.

Laksa Terengganu

Bahan-Bahan:
Laksa putih/mi lidi (sukatan ikut keperluan)
Bahan untuk kuah:
Ikan (direbus)
Santan
Limau nipis
Asam keping
Daun kesom
Garam secukup rasa

Bahan untuk ulam:
Kacang panjang
Timun batang
Kubis
Bunga kantan
Pegaga (jika suka)
Semua ulam diatas di hiris halus

Cara:
Panaskan santan, masukkan ikan rebus yg telas direlaikan isinya, masukkan garam secukup rasa, masukkan asam keping & daun kesom, akhir sekali perah asam limau, celur mi.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mi kedalam pinggan dan hidang bersama kuah, sedikit belacan dan cili kisar
Tambahan:Kuah boleh dimakan tanpa masak atau masak untuk tahan lama, bagi yg suka pekat banyakkan ikan.

Laksa Sarawak

BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)

BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.

Laksa Pulau Pinang

Bahan-Bahan:
1 kg mee laksa
Air garam yang mendidih (dicelur)
90 gm asam jawa (diperah airnya,ditapis)
1.2 leter air
4 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum (dipetik daunnya)

Bahan Hiasan:
1 biji sedang nenas (dikupas kulitnya,dibuangmata & empulurnya serta dipotong dadu)
500 gm timun ( dibuang kulitnya *& empulurnya & dihiris tipis bulat-bulat)
30 gm daun pudina
125 gm bawang besar (dipotong dadu)
5 batang lada hijau (dihiris tipis)
6 batang lada merah (dihiris tipis)
60 gm (daun bawang kucai)(dihiris halus)
2 sudu petis
¼ cawan air panas (dicampurkan) 1 tangkai bunga kantan(dibelah dua)
1 ½ sudu gula pasir
Garam secukup rasa
750 gm ikan parang (disiang)

Bahan Giling:
250 gm bawang merah
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
15-20 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2 cm belacan (dibakar)
1 ulas bawang putih

Cara:
Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel. Didihkan selama 10 minit. Masukkan ikan & kecilkan api. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga masak,Kemudaian keluarkan dari kuah itu. Sejukkan sedikit. Buangkan kulit & tulangnya serta kikis isinya. Sementara itu, Masukkan pes giling ke dalam kuah & terus didihkan perlahan-lahan selama 1 jam. Keluarkan daun kesum & bunga kantan.Masukkan semula isi ikan itu kedalam kuah. Biarkan sampai mendidih & rasa garamnya.
Untuk menghidangkan:
Isikan sebahagian daripada mee laksa itu ke dalam sebuah mangkuk.Tuangkan kuah panas itu ke atasnya & bubuh sedikit daripada tiap-tiap bahan hiasan.Hidangkan segera sementara ia masih panas.

Laksa Kelantan

Bahan-Bahan:
1 kg ikan kembung rebus
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
80 gm halia
80 gm cili padi
40 gm belacan
4 batang bunga kantan
4 ikat daun kesum
2 batang serai
3 keping asam keping
4 liter santan pekat
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan ikan kembung rebus yg telah ditumbuk lumat, bawang merah,bawang putih,halia,cili padi, belacan, bunga kantan,daun kesum, serai & asam keping serta air.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan pekat.Gaul sebati& kacau sehingga pekat.

Claypot Mee

Bahan-Bahan:
250 gm mee
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang putih (dilumatkan)
40 gm isi ayam (dipotong kecil)
30 gm isi udang (dipotong kecil)
4 keping cendawan hitam (direbus kembang dan dihiris)
5 batang sawi (dipotong satu inci)
4 mangkuk air rebusan ayam (Chicken stock)
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Garam dan perisa secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu tepung jagung

Cara:
Rebuskan mee sehingga ia kembang, toskan dan asingkan. Panaskan bawang sehingga sedikit garing.
Kemudian masukkan air ayam dan biarkan ia mendidih. selepas itu, masukkan ayam, udang, kicap, sos tiram, garam cendawan dan sawi.
Alihkan semua yang ditumis tadi ke dalam claypot jika ada. Apabila mendidih semula masukkan mee dan kacau untuk seketika.
Kemudian pecahkan telur dan kacau di dalam mee tadi agar sedikit berderai. Campurkan sedikit air dengan tepung jagung, kacau perlahan-lahan sehingga ia sebati.
Akhir sekali masukkan minyak bijan dan dikacau rata lalu dihidangkan. Hidangan ini dihidangkan bersama cili hijau dan di dalam claypot.

Mee Kari

Bahan-Bahan:
300 kg mee kuning atau makarona (masukkan sedikit serbuk kunyit ketika merebusnya)
30 gm udang kering & 1 batang serai
2 camca besar cili boh atau cili kering & 1 camca besar serbuk kunyit
1 cawan santan pekat & garam secukup rasa
½ cawan air & ½ ekor ayam 50 gm udang hidup & 30 gm sawi
20 gm tauhu & ½ cawan minyak
5 ulas bawang putih (dimayang halus)
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (dimayang halus)

Cara:
Panaskan minyak, tumiskan udang kering yang sudah ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili boh, serbuk kunyit, ayam, udang, sawi dan tauhu, kacau hingga rata. Setelah itu masukkan air, santan dan garam dan masaklah hingga sebati dan pekat. Hidangkan bersama daun pudina dan cili potong.

Laksa

Bahan-Bahan:
250 gm mee laksa (dicelur & ditoskan)
1,35 santan cair
250 gm ikan tenggri cabut tulang
250 gm ikan parang cabut tulang
santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan Tabur:
250 gm taugeh (dibuang ekornya & dicelur)
2 labu besar bawang besar (dihiris tipis)
2 biji sedang timun (dibuang kulitnya & empulurnya; dihiris tipis)
60 gm daun kemangi
90 gm daun selasih
30 gm daun kesum
10 batang lada kering (direndam digiling untuk dijadikan pes
1 sudu garam Bahan Giling:
2 batang serai (dihiris halus)
2 ulas bawang putih
12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2.5 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
2.5 kunyit hidup
¼ biji kelapa (diparut)
¼ biji kelapa (diparut & direndang)
2 cawan ketumbar (direndang)

Cara:
Canpurkan bahan giling ke dalam santan cair. Giling kedua-dua jenis ikan tadi &b campurkan.Rebuslah selama 30 minit. Kemudian kecil api & didihkan perlahan-lahan selama 30 minit. Kacau selalu. Masukkan santan pekat & garam.Masaklah dengan berkacau-kacaiu hingga pekat. Kecilkan api Tutup periuk itu & biarkan.
Untuk menghidangkannya: Letakkan sedikit mee laksa dalam mangkuk-mangkuk yang berasingan.Campurkan sedikit bahan tabur di atasnya. Tuangkan kuah di atasnya & hidangkan dengan segera.

Mee Udang

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara:Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Mee Hailam Istimewa

Bahan-Bahan:
½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
100 gm daging
100 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong
4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Mee Bandung

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

Ayam Berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis

Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup

Cara:
Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Sambal Telur

Bahan-Bahan:
3 biji telur (direbus, dibuang kulitnya & dibelah dua memanjang)
2 camca minyak masak
½ cawan pati santan

Bahan Giling:
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2.5 cm belacan (dibakar)
1 camca gula pasir
8 batang lada kering (direndam & ditoskan)
3 batang lada merah1 camca garam

2 camca air asam jawa
Garam secukup rasa
1 keping telur dadar (digulung & dihiris )
timun yang direcik halus

Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana & masukkan bahan giling. Tumiskan sehingga keluar minyak,kemudian kecilkan api. Tuangkan santan, kacau & didihkan perlahan-lahan selama 10 minit. Masukkan air asam jawa & garam.Teruskan memasak sihingga campuran kuah itu menjadi pekat. Rasa asam garamnya. Masukkan 3 belah telur & lomorkan dengan sambal.Biarkan mendidih & angkat dari api. Isikan telur itu ke dalam pinggan & masukkan 3 belah telur selebihnya. Hiaskan dengan telur dadar & timun. Hidangkan panas-panas atau sejuk dengan nasi putih & sayur-sayuranatu dengan nasi lemak.

Udang Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
500gm udang (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm kunyit hidup
2sm halia
15 biji cili padi ½ biji kelapa (ambil santan)
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kesum
garam
serbuk perasa

Cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
4. Masukkan serai, asam keping dan udang.
5. Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan biarkan sedikit layu dan bolehlah dihidangkan.

Sambal Udang Istimewa

Bahan-Bahan:
½ kg udang, sederhana besarnya
5 camca besar cili boh atau cili serbuk
4 ulas bawang putih
½ cawan air asam jawa
1 camca besar gula
¼ cawan minyak
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 camca kecil garam
5 helai daun limau purut

Cara:
Kisar bawang besar, bawang putih dan serai hingga lumat. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili boh hingga wangi. Masukkan air asam jawa dan garam. Kacau hingga rata. Apabila pecah minyak, baru masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan daun limau purut dan gula. Kacau hingga rata. Setelah cukup masak baru angkat dan hidangkan.

Ikan Kukus Tomyam

bahan-bahan:
-1 ekor ikan siakap (ikut suka)
-4 kiub tomyam knorr (tambah jika perlu)
-2 biji limau nipis - diambil jusnya
-daun ketumbar - dihiris nipis.
-garam dan gula secukup rasa

bahan rempah:
-10 ulas bawang merah
-2 ulas bawang besar
-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
-2 kuntum bunga kantan
-4 batang serai
-10 biji cili padi

Cara:
1. ikan dibersihkan dan ditoskan air.ikan diletakkan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.
2. gaulkan bahan rempah yang dihiris halus bersama kiub tomyam dan campurkan jus limau nipis.
3. tambahkan garam dan gula secukup rasa
4. tuangkan bahan rempah yang telah siap tadi keatas ikan.taburkan daun ketumbar.
5. kukuskan ikan tersebut sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
daun ketumbar boleh ditaburkan sama ada sebelum ikan dikukus atau selepas.ikut citarasa masing-masing.

Gulai Udang

Bahan-Bahan:
7 ekor udang besar
1 biji kelapa
cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai,
garam, ajinomoto dan asam

Cara:
Udang dibersihkan. Cili kering , bawang merah, bawang putih dan serai digiling. Masaklah bersama santan. Setelah mendidih masukkan udang yang telah dicuci tadi. Masukkan garam, ajinomoto dan asam secukup rasa. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan panas-panas.

Sambal Sotong

Bahan-Bahan:
½ kg sotong sederhana besar
20 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - dititik
150 gm asam jawa - diperah airnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama tiga minit, angkat dan rendam di dalam air sejuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan. Masukkan cili kering dan tumis lebih kurang 20 minit. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau lebih kurang lima minit. Sebelum menghidang, hias mengikut citarasa masing-masing.

Kari Bebola Ikan

Bahan-Bahan:
15 biji bebola ikan
1 helai daun kari
3 ulas bawang merah
2 batang serai
2 cm halia (ditumbuk)
2 cawan santan
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji kentang (potong empat)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar minyak masak
1 keping asam keping
Kunyit
Garam

Cara:
Basuh bersih bebola ikan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili giling, rempah dan daun kari. Biar hingga pecah minyak.
Masukkan serai, asam keping dan kunyit serbuk. Setelah itu masukkan santan, ubi kentang dan bebola ikan.
Biar menggelegak dan ubi kentang empuk. Rasakan garam barulah diangkat.