Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Tuesday, 21 October 2008

PASTA FEISTA

500 gm pasta campuran [makaroni/fussili/pasat siput - rebus sampai lembut]
10 batang sosej [rebus dan potong kecil]
10 keping nugget [potong kecik ]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili mesin
1/2 cawan sos tomato
garam, gula, minyak,
daun sup (racik)

1. Panaskan minyak dan tumiskan abwang sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan cili mesin, sos tomato, garam, gula dan sosej. Kacau rata.
3. Masukkan semua sayuran dan nugget. Kacau rata,
4. Rasakan garamnya dan tutup api.
5. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.

PASTA GORENG

500 gm pasta campuran [makaroni/fussili/pasta siput - rebus sampai lembut]
300 gm daging ayam [kisar/cincang]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili sos
1/2 cawan sos tomato
garam gula minyak
daun sup [racik]

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan cili sos, sos tomato, garam, dan gula. Kacau rata.
4. Masukkan semua sayuran. Kacau rata,
5. Rasakan garamnya dan tutup api.
6. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.

MACARONI AYAM KUAH TOMATO

1kg dada ayam dipotong kecil-kecil
4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu besar lada puih serbuk
1 sudu besar mentega atau margarine
6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahja)
800ml air
1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
50g kacang peas
air perahan dari 1 biji lemon
garam secukup nya
gula jika suka
500 g macaroni ~ boil with water and a tablespoon of oil to avoid it from sticking together

1. Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih.
2. Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas.
4. Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa.
5. Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.
6. 500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal kelak.7. Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato.

Thursday, 18 September 2008

Macaroni Goreng Berempah

Contributor: aida

Rebus macaroni and toskan

Tumis bawang besar yg diblend(lebih kurang 3 biji)

Bila dah naik bau masukkan jintan manis and jintan putih yg ditumbuk(agak2)
Pas tu masukkan daging yg dipotong kecil.

Dah masak daging tu campur air sikit bagi empuk, masukkan sos tomato and sos cili. Sonang ja.

Masukkan macaroni, kobis yg dihiris nipis and daun sup potong 1 inci panjang.
Gaul rata jgn lupa garam dan sedikit gula. Hidangkan dgn bawang goreng yg buat sendiri tu. Memang elok buat sendiri yg beli keras and liat tak garing.

Selamat mencuba. Resepi ni senang dan ringkas nak disediakan.

Spaghetti Jezzra

Contributor: Intan

Spaghetti - rebus macam biasa

Ramuan utk sosnye:
8-10 biji fresh tomato (potong cube)
sedikit tomato sos (kalau ada tomato sup pun boleh)
minced chicken
oyster mushroom
udang sederhana
fresh mint

Cara-caranya:
Tmiskan diced bawang putih dan bawang merah serta 3-4 bunga cengkih. (kalau takut tergigit 'bom' ni, tak yah pun tak pe)
Masukkan minced chicken dan sedikit air untuk masakkan ayam itu.
Then masukkan fresh tomato dan masak sehingga mesra dan tomato tu hancur (jgn hancur sgt).
Add sedikit aje tomato sos atau tomato sup (tujuan utk pekatkan ).
Masukkan oyster mushroom.
Sedikit garam dan sedikit gula jika fresh tomato tu masam sgt.
Bila semuanya dah nampak cantik, baru masukkan udang dan daun pudina.
Jgn lama sgt, nanti udang jadi keras.

Dah siap!
Selamat mencuba.