Showing posts with label fish. Show all posts
Showing posts with label fish. Show all posts

Tuesday, 21 October 2008

Ikan Kukus Tomyam

bahan-bahan:
-1 ekor ikan siakap (ikut suka)
-4 kiub tomyam knorr (tambah jika perlu)
-2 biji limau nipis - diambil jusnya
-daun ketumbar - dihiris nipis.
-garam dan gula secukup rasa

bahan rempah:
-10 ulas bawang merah
-2 ulas bawang besar
-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
-2 kuntum bunga kantan
-4 batang serai
-10 biji cili padi

Cara:
1. ikan dibersihkan dan ditoskan air.ikan diletakkan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.
2. gaulkan bahan rempah yang dihiris halus bersama kiub tomyam dan campurkan jus limau nipis.
3. tambahkan garam dan gula secukup rasa
4. tuangkan bahan rempah yang telah siap tadi keatas ikan.taburkan daun ketumbar.
5. kukuskan ikan tersebut sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
daun ketumbar boleh ditaburkan sama ada sebelum ikan dikukus atau selepas.ikut citarasa masing-masing.

Ikan Singgang Masak Tempoyak

Bahan:
Ikan Tenggiri atau ikan yang berisi putih
Tempoyak- 2 senduk
Kunyit Hidup - 2cm (kisar)
Cili Api -2 genggam (kisar)
Daun kesom
Asam keping (kalu tempoyak x cukup masam)
garam
bahan perasa
gula

Cara:
Masukkan air kedalam periuk (sebanyak perlu) dan masukkan bahan kisar bersama dengan tempoyak dan biarkan mendidih. Lepas itu masukkan ikan yang telah di bersihkan bersama dengan daun kesom dan perasa. biarkan mendidih.

Ikan Masak Thai

Bahan-bahan A
Ikan kerapu/siakap/merah-disapu garam
Daun Limau Purut- dimayang halus
Serai - dimayang halus
Cili Kering/Cili Padi -dimayang halus
Lengkuas -dimayang halus

Bahan-bahan B (kuah)
Bawang putih - dicincang
air - 1-2 cawan
Kicap cair
kicap pekat
kiub pati ayam
limau nipis
gula
garam

Cara:
Ikan digoreng garing dan diangkat.Bahan-bahan A tadi digoreng hingga layu dan diangkat.Gunakan minyak yang sama,tumis bawang putih hingga wangi dan masukan air,kicap cair,kicap pekat dan pati kiub ayam biar mendidih masukan gula dan garam secukup rasa..biar didih sebentar dan tutup api baru diperahkan air limau nipis.

Gulai Ikan Kering

Bahan-Bahan:
1 kepala ikan talang kering
150 gm kacang panjang
4 biji terung putih bulat
2 biji kelapa
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar minyak
1 sudu teh asam jawa
½ sudu teh halba campur
2 ketul keledek
1 pelepah daun kari
2 gelas air
Garam secukup rasa

Cara:
Potong kacang panjang 2.5 cm dan keledek 2.5 cm x 4 cm. Belah terung menjadi empat. Bersihkan kepala ikan kering dan kerat ikut sebesar yang disukai. Hiris bawang merah dan bawang putih. Bancuh rempah kari dengan air dan jerang selama 5 minit. Masukkan keledek, kacang panjang dan terung. Kacau selalu. Masukkan kepala ikan kering dan kacau lagi. Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Apabila masak angkat dan ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Kacau hingga kuning dan wangi. Tuang tumisan ini ke dalam gulai yang telah masak. Kacau perlahan dan tutup periuk.

Ikan Masak 3 Rasa

BAHAN A:
1 ekor ikan siakap
Garam
Kunyit
Minyak masak

BAHAN B:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ketul halia
3 batang serai
(Semua bahan ini dirincis halus dan digoreng hingga garing)

BAHAN C:
4 sudu cabai kering yang telah diblender.
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Gula,garam dan daun limau purut.

BAHAN D:
Karet
Sudip jagung
Bunga kobis

Cara:
Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (iaitu Bahan A).
Bahan B yang telah digoreng hingga garing tadi dicampur pulak dengan Bahan C.
Kemudian masukan sedikit air supaya tidak terlalu likat.
Setelah masak dan naik bau masukan pulak Bahan D lebih kurang selama 7 minit.
Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Asam Pedas Melaka Ida

Bahan dikisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
25 tangkai cili kering
1 inci halia
1 sd besar jintan manis
½ sd teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih

Bahan tumis :
1 labu bawang besar dihiris halus
½ sd teh biji sawi
½ sd teh halba
5 tangkai daun kari (leraikan)

5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan)
2/3 cawan minyak masak
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
2 biji tomato - potong 4
1 batang terung - potong
10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan
1 sd besar garam
½ sd teh serbuk perasa

Cara:Pnasakan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau. Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan. Masukkan air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat.
Cadangan Hidangan:Sesuai dimakan dengan nasi putih, roti atau roti canai.
Tambahan:Jika suka boleh masukkan 1 sd besar gula.Belacan juga boleh ditambah dengan bahan kisar. Untuk menyedapkannya goreng belacan dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Gunakan 1 sd besar untuk resipi ini. Boleh juga dimasukkan daun kesum

Bawal Masam Manis

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

Cara:
Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.
Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.
Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

GULAI IKAN MASIN

contributor: aida

Bahan-bahannya
8 ekor ikan sepat masin
1/2 biji nenas, dipotong lebar-lebar
segenggam daun kesum
3 helai daun limau purut
santan dari sebiji kelapa
jus dari 2 biji limau nipis
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Untuk dikisar halus
8 biji cili merah atau lebih
2 batang serai
1 cm lengkuas
3 urat daun ketumbar
2 helai daun limau purut
2 cm kunyit hidup
2 camca kecil belacan
8 biji bawang merah

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan didihkan. Setelah mendidih, masukkan ikan sepat, nenas dan juga daun limau purut. Masak selama 15 minit lagi.
3. Sebelum disajikan masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa.

Ikan Panggang Percik

contributor: aida

Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap, dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar

Bahan-bahan sambal percik
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
jus dari sebiji limau nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
sekeping kertas timah (aluminium foil)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis
2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak.